Container Icon

SELAMAT DATANG 2017...

SELAMAT DATANG 2017...

CUACA PADA MALAM LAILATUL QADAR


CUACA PADA MALAM LAILATUL QADAR
1. Cuaca malam Qadar sangat tenang dan tenteram, malaikat turun berduyun-duyun sehingga melebih jumlah batu-batu kerikil di muka bumi ini, mereka memberi salam dan aminkan doa mereka yang sedang beribadah, samada solat, berdoa atau berzikir (perempuan yang sedang uzur, haidh atau nifas, juga boleh berdoa dan berzikir walaupun tidak boleh solat).


2. Diriwayatkan dalam satu hadis Imam al-Bukhari, pernah berlaku malam Qadar pada malam yang hujan. Oleh itu jangan abaikan malam yang hujan kerana menyangka ia bukan malam Qadar. Hujan adalah rahmat dari Allah Ta’ala.

APAKAH DOA DAN AMALAN LAILATUL QADAR?


APAKAH DOA DAN AMALAN LAILATUL QADAR?

1. Bagi orang yang mendapat Lailatu Qadar ucapkanlah:
اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، وَاعْفُ عَنّى وَعَنْ وَالِدَىَّ
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Kemaafan (Maha Pengampun), Suka memberi kemaafan (keampunan), maka maafkanlah (ampunkanlah) aku dan kedua ibu bapaku.”

2. Banyakkan solat, membaca al-Quran, doa dan zikir. Berdoalah juga dengan lain-lain doa dalam bahasa kita untuk lain-lain kebaikan dunia dan akhirat, janganlah berdoa sesuatu yang buruk.

3. Bacalah walaupun 1 ayat al-Quran sebelum tidur, kerana jika berbetulan dengan malam Qadar pahalanya lebih baik daripada sekali khatam al-Quran pada malam-malam lain. (sebaik-baiknya bacalah 10 kali Surah Al-Ikhlas, iaitu Qul Huwallahu Ahad)

4. Bagi perempuan yang haidh atau nifas, ucapkan zikir-zikir di bawah:
سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلا إِلَهَ إلا اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ

SIAPAKAH YANG MENDAPAT LAILATUL QADAR??


SIAPAKAH YANG MENDAPAT LAILATUL QADAR?
1. Orang yang pasti mendapat sebahagian Lailatul Qadar ialah orang yang solat Fardhu Maghrib dan Isyak secara berjamaah sepanjang bulan Ramadhan, dan dia tidur dengan azam yang kuat untuk solat Subuh berjemaah. Sabda Rasulullah s.a.w. “Sesiapa yang sholat ‘Isya` berjemaah, maka seolah-olah dia telah berqiyamulail separuh malam; Dan sesiapa yang sholat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersolat sepanjang malam.” (Hadis Sahih Riwayat Imam Tarmizi, Ibnu Majah dan Nasai)

2. Solat tarawih adalah termasuk solat malam kerana ia dilakukan selepas solat Isyak, orang yang solat tarawih dikira solat sunat pada malam Lailatul Qadar, oleh itu tambahkanlah lagi bilangan rakaatnya pada 10 malam terakhir Ramadhan.

BILAKAH LAILATUL QADAR ??


Lailatul Qadar satu malam dalam bulan Ramadhan yang tidak diketahui dengan tepat tarikhnya. Ia lebih diharapkan untuk mendapatkannya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan, terutama malam-malam yang ganjil daripada 10 hari terakhir Ramadhan tersebut. Waktunya dikira apabila masuk waktu Maghrib sehingga terbit fajar. Seluruh ulama sepakat bahawa al-Quran diturunkan pada malam al-Qadar, sebahagian ulama berpendapat malam al-Quran diturunkan itu berlaku pada 17 Ramadhan, Syaikh Shafiyyurrahman al-Mubarakfury dalam kitab Sirah Nabawiyyah mengatakan al-Quran diturunkan pada malam ke 21 Ramadhan.


Satu kaedah mengetahuinya, kata Imam Ghazali, kebiasaannya, jika awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad dan Rabu maka Lailatul Qadar malam ke 29, jika hari Isnin maka Lailatul Qadar malam ke 21, dan jika hari Jumaat dan Selasa, maka Lailatul Qadar malam ke 27, jika hari Khamis maka Lailatul Qadar malam ke 25, jika hari Sabtu maka Lailatul Qadar malam ke 23. Tetapi kaedah ini bukanlah sesuatu yang muktamad, mungkin ia bertepatan dengannya dan mungkin juga tidak, mungkin juga ia berlaku pada malam yang genap, kerana bagi negara kita ia malam yang genap tetapi bagi negara yang puasa lewat atau awal satu hari, ia adalah malam yang ganjil, jadi carilah dengan tekun pada 10 malam yang terakhir tesebut.

MALAM LAILATUL QADAR..


Alhamdullillah kita sudah pun sampai sepuluh malam terakhir Ramadhan..
Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa hadis, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan, iaitu pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29, ini adalah pandanagn jumhur ulama' dan umat Islam. 


Malah ada sebahagian kecil ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam ke 22, 24, 26, 28 atau 30 Ramadhan. Ada juga sebahagian ulama berpendapat ia adalah tetap, iaitu pada malam ke 27. Walau bagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. 

Majoriti Muslim biasanya berusaha agar tidak mensia-sia malam ini. Mereka akan tekun dan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam. Yang pasti, Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar ialah satu malam dalam bulan Ramadhan yang lebih baik daripada 1,000 bulan. 

Sesiapa yang beramal pada malam tersebut sama seperti beramal selama 1,000 bulan, iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan, jika mendapatnya selama 10 tahun bersamaan beribadat lebih 833 tahun, jika mendapatnya selama 20 tahun bersamaan lebih 1,666 tahun, jika mendapatnya selama 30 tahun mendapatnya bersamaan 2,500 tahun, berbahagialah orang yang tidak pernah meninggalkan solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih kerana orang yang solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih termasuk dari kalangan orang mendapat Lailatul Qadar, dan Rasullah s.a.w. mengatakan sesiapa yang tidak mendapatnya dia adalah tergolong daripada orang yang amat rugi.

LAFAZ NIAT PUASA


Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan :
Lafaz niat puasa ini dibaca sekali sahaja pada malam sebelum kita memulakan puasa kita yang pertama. Apabila kita baca niat ini, kita dah tak perlu lagi untuk baca niat ini pada hari yang berikutnya.
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksud : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

Lafaz Niat Puasa Untuk Harian :
Dibaca pada tiap-tiap malam sebelum tidur. Supaya nak mudah, baca lafaz niat puasa untuk sebulan takut nanti terlupa.



نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksud : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa

Doa Berbuka Puasa (Seorang) :
Kalau seorang, baca doa ini.
Lafaz : Allahumma laka suomtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthortu birahmatika ya arhamarrohimin..
Maksud :Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Berbuka Puasa (Ramai) :
Doa ini dibaca untuk lebih dari seorang. Hanya tukarkan ‘ta’ kepada ‘na’.
Lafaz : Allahumma laka suomna wa bika amanna wa ‘alaa rizqika afthorna birahmatika ya arhamarrohimin..
Maksud : Ya Allah bagi Engkau Kami berpuasa dan dengan Engkau beriman Kami dengan rezeki Engkau Kami berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang

Doa selepas berbuka puasa :
Doa Lepas Buka Puasa
Maksud : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

NIAT BERBUKA PUASA


UCAPAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KEPADA SEMUA WARIS PELAJAR TASKI. SEMOGA RAMADHAN KALI INI YANG TERBAIK DARI SEBELUMNYA.
PERBANYAKKAN AMALAN..
PAHALA DIPERGANDAKAN..
BERTAMBAH KEIMANAN..
HIDUP BERTAMBAH KEBERKATAN..

NIAT PUASA


PETUA KUATKAN TULANG KANAK-KANAK

Salah satu cara untuk menguatkan dan membina tulang anak-anak ialah dengan melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan lompatan. Penyelidikan oleh Oregan State University yang melibatkan kanak-kanak berusia tujuh hingga sembilan tahun membuktikan bahawa melompat membantu dalam pembentukan tulang yang kuat. Dalam penyelidikan tersebut, kanak-kanak disuruh melompat dari ketinggian dua kaki ke bawah sebanyak 200-300 kali seminggu selama tujuh bulan. Hasilnya, kanak-kanak ini menunjukkan peningkatan ketumpatan tulang paha sebanyak tiga hingga lapan peratus. Aktiviti ini hendaklah dipantau oleh ibu bapa.

TIP MERAPATKAN HUBUNGAN DENGAN ANAK-ANAK


  • Ikuti perkembangan anak-anak secara dekat dan tahu karektor anak-anak dari yang sulung hingga yang bongsu. Kenali diri anak secara psikologi sedari awal supaya anak-anak mudah dikendali pada kemudian hari.
  • Ibu bertindak sebagai kaunselor yang berkesan pada anak-anak melalui pemantauan kerenah dan tabiat anak-anak. Bantu anak-anak dari segi motivasi dan material. Persiapan diri sebagai mentor yang baik mengikut tempat dan situasi tetapi jangan terlalu kerap bertanya masalah. Biarkan anak-anak menceritakan masalah mereka secara rela hati.
  • Ikuti minat anak-anak dari yang sekecil perkara hingglah yang sebesarnya terutama soal memilih fesyen.
  • Pantau pilihan rakan anak. Selalu doakan kawan anak-anak kerana mereka akan mencorakkan diri anak-anak.
  • Ambil tahu aktiviti sosial dan ketrampilan diri anak-anak.
  • Pantau selalu pengisisan masa singgang anak-anak.
  • Ibu perlu menjadi pendengar yang baik bagi setiap masalah anak-anak apabila diberitahu.

http://www.englishexercises.org/makeagame/viewgame.asp?id=9988